Dramatik Kool “Bapa Mentuaku”

1
468

Sinopsis

Kasidah Selamat bercinta dengan anak kepada Datuk Mansur iaitu Sabarudin. Hubungan mereka ditentang oleh Datuk Mansur yang anti pada ahli muzik seperti Kasidah. Kasidah dan Sabarudin kawin tanpa restu Datuk Mansur. Mereka berindah ke Pulau Pinang dan memulakan hidup baru. Kehidupan Kasidah dan Sabarudin tak seindah yang diharapkan.

Mereka hidup susah. Kasidah ingin bekerja sebagai ahli muzik bagi membantu Sabarudin, namun dihalang oleh Sabarudin. Pada suatu hari Sabarudin terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana ayahnya Datuk Mansur, sakit tenat. Sabarudin meninggalkan Kasidah dan berjanji akan pulang cepat. Lebih daripada sebulan menunggu kepulangan Sabarudin, Kasidah mendapat berita yang Sabarudin sudah meninggal dunia.

Kasidah menangis setiap hari sehingga matanya buta. Manakala Datuk Mansur dan Tuan Penasihat, telah menipu Sabarudin dan mengatakan bahawa Kasidah sudah meinggal dunia. Sabarudin kemurungan. Datuk Mansur menjodohkan Sabarudin dengan Doktor Anita. Pada suatu hari Kasidah muncul di rumah Datuk Mansur, Kasidah minta Datuk mansur tunjukkan kubur Sabarudin. Datuk Mansur telah menipu Kasidah. Setelah Kasidah mendapat tahu yang Datuk Mansur menipunya, Kasidah naik angin. Datuk Mansur meninta maaf dari Kasidah.

Datuk Mansur akhirnya memberitahu Sabarudin apa yang telah berlaku. Sabarudin marah pada Datuk Mansur dan ingin mencari Kasidah. Setelah berjumpa dengan Kasidah, Datuk Mansur, Sabarudin dan Tuan Penasihat meminta maaf daripada Kasidah. Malangnya Kasidah tidak mahu memaafkan mereka. Kasidah mengambil garpu dan menusuk lubang hidung bapak mentuanya Datuk Mansur. Kasidah puas hati kerana berjaya membalas dendam terhadap Datuk Mansur. Akhirnya Kasidah memberitahu yang selama ini dia tidak buta, dia cuma berlakon.

 

Watak & Perwatakan

 

Kasidah Selamat (Liza)

Berusia lingkungan 20-an. Seorang pemuzik. Bercinta dengan anak orang kaya. Tidak disukai oleh bapa mertuanya kerana berbeza darjat. Sanggup berkorban apa sahaja demi cinta.

 

Datuk Mansur (Ropie)

Berusia lingkungan 60-an. Orang kaya yang sombong dan bongkak. Tidak suka pada ahli muzik. Seorang bapa yang diktator. Sanggup menipu untuk memuaskan hatinya sendiri. Kejam dan suka menghina orang lain.

 

Sabarudin (AG)

Berusia 20-an. Anak orang kaya dan bercinta dengan seorang pemuzik. Sanggup dibuang keluarga semata-mata demi cinta. Seorang anak yang baik.

 

Tuan Penasihat (Ezaq)

Berusia 40-an. Bertindak sebagai penasihat kepada Datuk Mansur. Orang kuat yang merancang segala penipuan. Kuat menghasut.

Share this page on:

0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *