Dramatik Kool Cinta Biasa

1
383

Dani seorang lelaki lingkuangan 20-an yang mengalami masalah autisme ringan. Seorang yang panas baran, mementingkan rutin, tidak suka dengan perubahan, agak kekok dalam bergaul dan suka memerhatikan alam dan manusia di sekelilingnya. Dani tinggal bersama ayahnya Pak Wahab yang mempunyai sebuah kafe. Ibu Dani telah meninggal dunia. Dani dan Pak Wahab sering mengalami masalah dalam berkomunikasi. Dani suka bercerita tentang sesuatu hal dengan terlalu detail, manakala Pak Wahab pula tidak suka melayan cerita Dani yang melalut dan adakalanya tak logik.

Disebabkan masalah komunikasi antara mereka, Dani menganggap Pak Wahab benci padanya sejak dia kecil lagi. Walaupun merupakan seorang penghidap autisme, Dani cuba hidup berdikari. Dani membantu Pak Wahab di kafe. Namun pelbagai masalah timbul akibat sikap Dani yang cepat marah dan tidak dapat menerima sesuatu yang di luar rutinnya. Sehinggalah pada suatu hari, Dani bertemu dengan seorang gadis bernama Teha di kafe Pak Wahab. Teha seorang gadis yang agak lembab IQ, telah ditinggalkan oleh abangnya di kafe Pak Wahab. Pak Wahab yang simpati dengan Teha mengambil keputusan untuk menjaga Teha dan memberi Teha kerja di kafe mereka. Manakala Dani pula tidak puas hati dengan kehadiran Teha.

Dani selalu mencari pasal dengan Teha, membuli dan memarahi Teha. Namun Teha langsung tidak terasa hati dengan Dani. Teha seorang gadis yang suka tersengih-sengih tanpa sebab dan selalu berfikiran yang semua orang dalam dunia ini baik.

Lama-kelamaan Dani mula rapat dengan Teha, kerana mereka mempunyai persamaan, dan Teha juga sedia menjadi pendengar setia Dani. Pak Wahab risau melihat perhubungan yang terjalin antara Dani dan Teha. Pak Wahab tidak yakin bahawa Dani boleh hidup berdikari dan bekeluarga seperti orang lain yang normal. Sehinggalah pada suatu hari, abang Teha datang dan membawa Teha pergi dari situ, Abang Teha mahu menjual Teha kepada bapak ayam. Dani berjaya menyelamatkan Teha daripada menjadi mangsa abangnya. Walaupun nyawa Dani sendiri hampir terkorban. Akhirnya Pak Wahab mengakui betapa besarnya cinta Dani kepada Teha. Pak Wahab merestui hubungan Dani dan Teha. Walaupun Dani dan Teha bukan seperti orang normal yang lain, namun mereka berdua juga mempunyai hati dan perasaan.

Share this page on:

0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *